Alhamdulillah, syukur seribu rahmat kerana diberi kesempatan dan peluang menggenggam Ijazah Sarjana Muda Pendidikan setelah 4 tahun meredah highway dan getir menyudahkan pengajian di USM Penang.
Bukan mudah untukku menghabiskan pengajian yang kadangkala didatangi getir dan musibah hidup. Aku perlu berterima kasih kepada insan-insan sentiasa setia mendampingiku walau dalam tangis mahupun tawa yang tak kekal lama. Tanpa mereka, x mungkin pengajian ini dapat diteruskan. Pernah suatu ketika aku hampir berputus-asa dan tekad untuk berhenti meneruskan pengajian ini. Mujurlah, kata-kata semangat yang tidak pernah berhenti sentiasa menemani saat aku dirundung duka. Hanya Allah SWT sahaja yang mampu membalas budi baik mereka.
Bercerita tentang konvokesyen pada bulan lima yang lalu, pelajar-pelajar PPG USM berkongsi pentas penerimaan ijazah. Kami berkampung di UPSI bagi melunaskan hutang terakhir kejayaan kami. Biar di mana kami berkonvo, anugerah dunia yang diimpikan sejak dulu lagi akhirnya tercapai juga. Ada graduan yang telah pergi menghadap Illahi sebelum sempat berkonvo sama. Hanya sedekah alfatihah ku panjatkan buat rakan-rakan yang berjuang sama. Semoga roh mereka dicucuri rahmat.
Kejayaanku ini, harus dikongsi bersama ibuku yang terlalu banyak berkorban dan mahu melihat kejayaan menyinari hidupku. Hanya hadiah ini yang mampu ku beri setakat ini. Semoga dia bahagia dan gembira berkongsi rasa. Terima kasih, mama.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan