Cerita tentang ShAkIrAH...

Rabu, 24 April 2013

Tarian oh tarian





Tahniah, anak-anak didikku kerana telah berjaya merangkul tempat ke-2 dalam 
Pertandingan Tarian Daerah Kinta Utara pd 23.4.2013 di Mydin Meru Raya.

Mungkin sedikit terkilan dan kecewa dengan takdir yang telah ditentukan~
Namun, perjuangan ini harus Shasha teruskan. Banyak lagi peluang dan ruang yang mampu mengetengahkan potensi mereka~ Tempat ke-2 bukan bermakna kami kalah... semua ini ada hikmahnya~ biarpun air mata kesedihan ini masih belum kering di hati, Shasha harus pasrah.


Penat lelah selama beberapa bulan sbg persediaan pertandingan ini, memang patut Shasha banggakan dan semoga anak-anak murid tidak lagi menangis. Sedih dan sayu menatap wajah mereka... tambah-tambah bila mereka menangis di hadapan Shasha. Lagilah sedih bila mengecewakan Guru Besar yang banyak memberi sokongan selama ini. Kesian pd beliau dan kawan-kawan SKTC kerana Shasha telah mengecewakan semangat mereka.

Redha itu penting demi mempertahankan keikhlasan hati  ini untuk mengangkat warisan seni budaya negara. Tambahan pula, niat murni ingin menjadikan kumpulan Tunas Pancawarna hebat seiring dengan nilai dan komited murid-murid serta sokongan ibu bapa dan guru-guru selama ini patut Shasha gigihkan.

Biarpun desas-desus mengatakan SKTC layak, namun.... 
Shasha tidak mahu membuat bantahan sebagaimana org lain pernah lakukan terhadap kemenangan kami suatu ketika dulu. Itu bukan bermakna menerima saja apa yg ditundingkan~ 

Kecewa memang tidak dapat diselindungkan. Tipulah kalau Shasha katakan, Shasha xkisah. 

Tapi, apakan daya... 
Kritikan saja yg Shasha xbersetuju.
kononnya tarian Sumazau perlu menggunakan buluh memang tidak berasas. 
Memang terkilan sangat... Mana tidaknya~ org yg arif boleh berkata demikian.. sedangkan bila dirujuk pd yg lagi-lagi arif dan orang Sumazau sendiri, mana ada dlm tarian Sumazau menggunakan buluh.. itu tarian etnik lain.huhuhu
Huwaaaaaaaaaaaaa.... kritikan itu paling xboleh terima~ 
sebabnya, org yg berkenaan sudah terang lagi bersuluh tidak berpengetahuan dlm selok-belok tarian Sumazau.

Pakaian kami sudah betul-betul asli~ alasan warna krim bukanlah suatu yg harus diperkatakan~
sedangkan kami bermain dengan pelbagai warna dan tidak mahu terlalu ceria spt tarian kontemporari sebagaimana yg pernah disuarakan oleh pihak-pihak berkenaan. Ada juga kump tarian bermain warna kusam, tp, tidak pula diendahkan.


Apapun, tahniah kepada yang juara. 

Masing-masing dah berusaha dan inilah rezeki kita semua.
Alhamdulillah, syukur seribu rahmat.

Shasha, xmo sesedih ok~ 
dan semoga anak-anak didikku tidak patah semangat dalam meneruskan perjuangan ini.







Terima kasih pd anak-anak murid dan semua yg menyokong serta membantu dlm menjayakan pertandingan tarian kali ini. 
Buat anak-anak didikku, Cikgu Sha menyayangi anda semua. 
Tabahkan hati kerana perjuangan kita belum selesai.
Insyallah, kita akan berjaya kelak dengan lebih cemerlang.









Tiada ulasan:

Catat Ulasan