Siapakah saya?
Insan biasa yg punyai cita-cita tinggi melangit.
Sedangkan orangnya xtinggi mana pun.
Shasha suka mencuba, mencuba dan terus mencuba selagi daya,selagi hati ini kuat menempuh segala duka lara.
Suatu ketika dulu,keyakinan diri agak kurang. Rasa serba kekurangan dan rasa diri ini sudah suratan takdir menerima segala ketentuanNYA.
Akan tetapi, bila dugaan datang bertimpa-timpa.... takdir itu mengajar Shasha untuk jadi lebih kuat dan semakin kuat tanpa menghiraukan apa yg bakal terjadi.
Tetapi, berfikir positif menanam semangat dalam diri, apa yg Shasha akan perolehi.
Kita tidak boleh menunggu dan terus menunggu sesuatu keajaiban yang bakal berlaku. Usaha membentuk sebuah kejayaan. Tanpa usaha, kejayaan tidakkan kita genggami. Jangan asyik menerima sahaja apa yg diberi tetapi , memperbaiki kesilapan yg ada.
Mungkin krn sejak kecil, Shasha diajar berdikari sendiri. Walaupun ramai kata Shasha nie manja2... tp, hakikatnya Shasha xpernah dimanjakan oleh keluarga. Shasha bukannya dibesarkan dlm suasana spt org lain yg hidupnya sentiasa dipenuhi.
Mama pun ajar, hidup ini xboleh menyerah dan perlu bangkit.
Seperkara yg Shasha selalu tanam dalam diri, Shasha bukan sempurna. Oleh kerana kita sedar diri , kita kenalah buat sesuatu yg special utk hidup kita. Supaya kita tidak dipandang rendah. Kalau rasa serba kekurangan, jadilah seseorang yg serba kelebihan. Jangan persiakan apa yg anda ada. Nikmati hidup dengan kegembiraan bukan kekecewaan.
Putaran hidup terlalu pantas dan sekiranya kita tidak menggenggam sesuatu yg bermakna dalam hidup, sia2lah kehidupan kita.
Dugaan yg Allah SWT berikan adalah untuk menguji kita hadapi kehidupan yang lebih mencabar.
Makin kita berjaya, makin kuat dugaan datang menerpa.
Jika difikir secara positif, Allah SWT datangkan dugaan awal2 untuk mengajar kita menjadi lebih kuat menempuhi kehidupan yg mendatang. Wallahhua'alam...
Semua yg terjadi pasti ada hikmah yang Allah SWT beri.
Ada kalanya, ada org bersikap tidak senang dengan apa yg kita cuba rencanakan. Ada saja yg ditimbulkan. Shasha akui, memang Shasha cepat down dengan persepsi org2 sekeliling. Bagi Shasha, mereka ibarat tongkat kejayaan Shasha. Namun, bila org mempertikaikan usaha kita, meremehkan impian kita, Shasha rasa kecewa. Tp, kekecewaan Shasha tidak dibiar lama krn makin kita kecewa, makin rasa diri seperti org bodoh yg menerima nasib di tangan org lain.
Sedangkan rancangan kita adalah usaha kita dan usaha kita adalah kemampuan kita yang tidak semua org mampu menjadi seperti kita. Jangan hancurkan impian kita.
Ingatttttt!!~
Lagi orang perlekehkan dan pandang kita rendah, lagi berganda usaha yg perlu kita buat dan pastikan jangan tertewas. Sekali kita tertewas, pasti akan ada bertepuk tangan dan paling tidak pun menyokong persepsi awal mereka terhadap diri kita.
Sebab itulah, jangan cepat mengalah dengan percubaan awal.
Bangkit dan terus bangkit menggapai impian.
Paling penting, jangan sesekali menceritakan kesusahan kita menggapai impian selagi impian kita belum tercapai dan kejayaan belum digenggami.
Bagi mendapat keberkatan dengan apa yang kita buat, selalulah memanjat syukur ke hadrat Illahi dan buatlah kebaikan dengan semua orang. Cuma, dlm membuat kebaikan, haruslah berhati-hati supaya tidak ditindas. Jangan juga sombong dengan apa yg kita ada krn dlm sekelip mata sahaja, Allah SWT boleh menarik semua apa yg diberi olehNYA.
Kalau kita buat baik dengan semua orang, orang pun akan senang dengan kita dan perjalanan hidup kita pun dipermudahkan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan