Cerita tentang ShAkIrAH...

Sabtu, 29 Disember 2012

Shasha di hari cuti~

Lallalaa~   Shasha datang singgah kejap jenguk blog tercinta~ Alhamdulillah, Shasha sihat seperti biasa. Baru lepas exam...yihuuuu dah habis exam rasa lega. Sepanjang minggu ini Shasha bz dengan mesyuarat guru dan pendaftaran tahun 1. Sibuk akakkk tau!!~

Tahun 2013 yg bakal menjelma, kerja Shasha makin bertambah. Memula sedih dan geram sebab rasa spt tidak adil. Tetapi, perasaan tue sekejap je datang singgah di sanubari krn Shasha kembali bermuhasabah diri. Muhasabah diri untuk tidak bertambah stress dan menjadi lebih kuat drpd sebelumnya. Tidak semua orang mampu menangani masalah dengan hati dan minda yang tenang. Begitu juga dgn Shasha... kelemahan ku adalah tangisan. Namun, Shasha nie cepat bangun kalau dengar kata2 motivasi. Sejak kecil lagi, Shasha suka jdkan buku-buku motivasi sebagai panduan hidup. Bila dah masuk alam belajar di maktab, Shasha perbanyakkan beli kaset Dr Hj. Fadzillah Kamsah. Entah manalah buku dan kaset2 lama tue..Huhuhu sejak berkerjaya ni, Shasha banyak beli buku berbisnes je.Huhuhu 
Kalau ingin mengubah hidup dan diri, kita kena ada usaha utk cari panduan. Macam Shasha susah sikit sebab xde adik beradik yang ramai atau penasihat2 yg boleh guide Shasha. So, Shasha kena beli buku. Kekadang xde masa utk baca. Tp, xper... Shasha memang suka beli buku bebanyak sampaikan kekadang bertahun lamanya buku2 tersebut xpernah buka selepas beli. Kikiki~ Shasha percaya suatu hari nanti, pasti ada ruang untuk Shasha membaca buku2 tersebut.


          Blog oh blog... Penerbit rancangan Safiyya TV9 ada call Shasha baru-baru ini. Alhamdulillah... seronok bukan kepalang Shasha nie... Excited dan cuba usahakan untuk memajukan setapak lagi perniagaan yang dah terbina nie. Perjalanan yg dilalui bukannya mudah sebagaimana orang lain nampak ketenangan Shasha mengharungi laluan-laluan kehidupan. Tapi, strategi dan semangat yang tinggi perlu kental. Jatuh dan bangun semula bukan terus tersungkur mengenang nasib~

            Oh, ya .. bercerita tentang pendaftaran tahun 1, ada lah seorang bapak murid ni minta anaknya dimasukkan ke kelas Shasha coz bfore ni 3 tahun Shasha jd guru kelas anak sulungnya. Tp, Shasha xmampu nak ikutkan sebab siapalah saya nie kan...  Shasha usahakan yang terbaik untuk jadi guru kelas tahun 1 nanti. Letih jugalah dah 3 tahun berturut2 jd penyelaras LINUS dan penyelaras LINUS tahun1. Tp, fikir secara positif, Shasha dah jadi pakar dlm bahagian tersebut. Cuma, kekadang kekangan masa Shasha membataskan Shasha lebih fokus kpd mereka. Rasa terkilan sangat kalau ada waktunya, Shasha xboleh bg komitmen yg tinggi~ Tp, mujurlah ramai yg dah melepasi ke aliran perdana. Alhamdulillah~

           Opsssss... baru-baru nie beberapa hari before menduduki exam, Shasha telah pergi ke Al-Humaira' Contemporary di Damansara... Shasha pergi date dengan Hani & Vee  @The Curve.. selepas makan, kami pergi karaoke~ Lepas tue, barulah kami bersama-sama ke butik Hani tue... Shasha bangga dengan kejayaan Hani. Dalam usia yang muda, beliau telah menjadikan butik Al-Humaira terkenal di seluruh Malaysia. Alangkah indahnya, kalau Shasha dapat membuka butik di Kuala Lumpur. Insyallah, itulah cita-cita Shasha~  Cerita pasal date dengan dua orang wanita jelita ini, Shasha memang happy sangat dapat jumpa mereka. Shasha pun hargai dan terharu dapat mengenali mereka dengan lebih rapat. Mereka dikenali, tetapi hati mereka terlalu baik dan selalu merendah diri.  Sikap mereka inilah yang buat Shasha senang berkawan dengan mereka dan sanggup datang jejauh utk jumpa dengan mereka. Vee tue dah kenal dia hampir 5 tahun~ owh lama dah kenal dia, mana tidaknya Shasha sayangkan dia. Dahler cantik... aduhai..melihatnya buat mata xjemu memandang. Untung Hj Faizul dapat isteri macamnya. Cantik, bergaya dan lemah-lembut.

Try busana di Butik Al-Humaira

Hani, Shasha & Vee

Shasha & Hani~

Shasha & Vee

Bos besar Al-Humaira

Syiok jumpa mereka~

SHasha, Vee & Hani



Desh si comei~ anakanda sulung Vee..encemmm

With Love

         Shasha nak bersiap pergi butik nie, Cik Ct bekas jiran mama dah call nak jumpa... :) Hihi terlupa...owhhh shasha kena set dlm azam tahun baru untuk mengurangkan lupa.




     





Tiada ulasan:

Catat Ulasan