Mencipta tajuk pada post kali ini membuatkan air mata Shasha bergenang mengingatkan Shasha pada seseorang yang sudah pergi menjauh dari hidup ini. Carilah dia di mana, pasti tidak lagi dapat bersua muka. Bukan mudah untuk melupakan... terlalu mendalam ingatan ini pdnya xpernah putus.
Sebelum Shasha bercerita panjang mengenainya, Shasha mahu meletakkan diri Shasha sebagai hamba Allah yg cukup bertuah kerana dipanggil ke rumahNYA. Alhamdulillah, Allah SWT membukakan jalan mudah untuk Shasha menunaikan umrah pada tahun 2012 yang lalu dan jalan ini telah Allah SWT tentukan untuk sesuatu yang tidak mungkin dapat Shasha lupa.
Pada mulanya, Opah mengajak Mama utk menemaninya ke rumah Allah SWT. Kemudian, dalam masa sehari semalam Mama & Opah suh Shasha fikirkan peluang untuk sertai mereka.... Macam-macam yang Shasha fikirkan. Yerlah, Shasha sedikit nakal dan banyak perkara yang perlu diperbaiki sebelum ke sana. Akhirnya, Allah SWT menguatkan hati ini untuk terus yakinkan keputusan yg dibuat.
Tidak lama kemudian, perancangan ini diikuti pula oleh Basarudin Bahari iaitu abang kepada Mama dan anak sulung kepada Opah. Pendek cerita , dia adalah Pak Yob Shasha. Tidak sangka, ajakan ayam oleh Mama telah dipersetujui PakYob. KetentuanNYA menyatukan kami di rumahNYA sebelum..... :( Actually, dia adalah salah seorang bapa saudara kesayangan Shasha. Dia selalu bangga dengan Mama kerana Mama mampu hidup berdikari untuk capai impian dan apa yg dimilikinya hari ini. Begitu juga, dia turut bangga coz Shasha buat bisnes dan sambung belajar untuk majukan diri. Tapi...hurmmm..
Tidak lama kemudian, perancangan ini diikuti pula oleh Basarudin Bahari iaitu abang kepada Mama dan anak sulung kepada Opah. Pendek cerita , dia adalah Pak Yob Shasha. Tidak sangka, ajakan ayam oleh Mama telah dipersetujui PakYob. KetentuanNYA menyatukan kami di rumahNYA sebelum..... :( Actually, dia adalah salah seorang bapa saudara kesayangan Shasha. Dia selalu bangga dengan Mama kerana Mama mampu hidup berdikari untuk capai impian dan apa yg dimilikinya hari ini. Begitu juga, dia turut bangga coz Shasha buat bisnes dan sambung belajar untuk majukan diri. Tapi...hurmmm..
Antara yang datang menghantar~
Busyuk saya...
Muka sedih....
Pak Yob ketika baru sampai di Madinah~
Blog, susahnya nak cerita ... tp, perlu Shasha ceritakan jua sebagai ingatan berharga buat Shasha. Bukan semua orang diberi peluang untuk merasai nikmat menghayati keagungan Islam dan merendahkan diri menziarahi rumahNYA. Tambah2, bila diberi peluang menunaikan umrah bersama insan2 tersayang.
Bermula 27 Mei 2012, kami telah berangkat dr Kuala Lumpur dengan Poto Travel. Pengurusan yang bagus dan berjalan dengan lancar. Malah, pihak pengurusan yang mengiringi kami begitu berdedikasi dan banyak membantu kami ketika berada di sana. Shasha juga rasa bertuah kerana diberi kesempatan bersama-sama para jemaah yang baik hati, mesra dan byk membantu. Syukur atas rahmatNYA.
Di sana juga, Shasha mendapat ibu angkat. Makcik Sabariah yg begitu penyayang dan ambil berat dgn kami.
Ustaz Samuel ialah mutawif kami... baik orangnya~
Bersama Makcik Sabariah~
Sepanjang di sana, Makcik Sabariah banyak bersama kami sekeluarga. Sebab itulah kami menjadi semakin akrab.
Di sana juga, Shasha diberi amanah oleh PakYob untuk membelanjakan duitnya untuk membeli barang-barang souvenir dan pesanan dr rakan-rakannya. Memula, risau juga tidak dapat menepati kehendaknya. Tp, syukur Pakyob setuju saja. Teringat lagi, perjalanan dr Kuala Lumpur ke Dubai, dan Dubai ke Madinah, kami berdua menonton hindustan di dalam penerbangan Emirates~ Shasha banyak berada di sisi Pak Yob kerana dia xberapa sihat. Namun, sebaik sampai di Makkah, kami tidak lagi selalu bersama melainkan ketika mengikuti rombongan jemaah ke mana-mana. Entahlah... dia pula selalu marah2kan Shasha ketika di Makkah. Kadang-kadang terasa hati.. tapi, rupanya....:(
Apapun, jika ada yang berkesempatan duit dan masa, pergilah sebelum terlambat. Maksudnya, ajal maut di tangan Illahi xkira umur dan bila. Janganlah takut dengan sebarang dugaan yg Allah SWT nak beri. Anggap sahaja, dugaan itu untuk org yang disayangi dan diingati olehNYA. Pergilah, bukan semua orang menerima dugaan perit bagai dicanang2 oleh segelintir, yang penting pintu taubat masih dibuka utk kita. Kalau kita ikhlas merendahkan hati untuk menginsafi atas segala kesilapan, pastinya kita akan dipermudahkan urusan olehNYA. Insyallah~ Sebaik tiba di sana, anda akan ada rasa seribu kekhilafan diri dan rasa bertuah di dalam golongan umat Islam yg melaut di sana. Malah, banyak perkara yang tidak boleh diungkap dengan kata2 membuatkan hati ini rasa syukur seribu rahmat.
Persiapan oh persiapan... apa yang Shasha bawa? Shasha bawa 3 pasang telekung dan rasanya kain telekung bawa satu pun sudah mencukupi kerana pemakaian jubah dan stokin sudah memadai dan memudahkan. Kenapa 3.. bukan 1? Telekung adalah pakaian luaran yang dipakai selalu sepanjang di sana.... dan bagi yg berupaya mengerjakan umrah beberapa kali, kadangkala, peluh kita atau org lain membasahi telekung apabila berhimpit2 dan tidak pun debu2 yang melekat pd telekung. Bagi keselesaan dan rasa bersih ketika menunaikan ibadat, eloklah bertukar2 telekung. Shasha juga selalu ke dobi yg berdekatan untuk mencuci telekung dan jubah dipakai. So, beg kita akan sentiasa kemas. Yerlah, banyak hari di sana dan pakaian perlulah dihadkan. Telekung hitam yang Shasha pakai seperti di bawah ini, memang selesa coz dr kain lycra dan boleh digayakan sebagai tudung dan telekung. Siap ada yang minta beli drpd Shasha ketika ada di sana. Shasha pun rasa senang bergerak sebab telekung ni xnampak kita seksi kalau ditiup angin dan mudah disimpan sebab ringan dan xberkedut.
Berapa banyak pula jubah yang Shasha bawa? Rasa-rasanyalah... 6 helai jubah dan semua jubah bukan yang cutting ikut body... semua jenis cutting kembang. Koleksi jubah yang biasa Shasha ada adalah jubah dari Dubai kerana jenis kain yang selesa dan tidak panas. Malah, tidak cepat berkedut. Ada juga dua jubah yang Shasha bodek daripada Mama... Hihuuu~ jubah yg kecil untuknya, pastinya jadi milikku~ Di Madinah dan Makkah juga ada jubah2 yang menarik dan sesuai untuk badan kecil mcm rakyat Malaysia. Malah, lebih murah dr Dubai. Tetapi, kualiti kain dan design sahaja yang membezakan. So, di sana Shasha beli dua jubah sebagai cenderahati kenangan utk diri sendiri.
Telekung dan jubah dah cerita, skang nak cerita pasal stoking... Shasha nasihatkan bawa banyak dan carilah jenis tebal dan benang cotton kerana lebih selesa dan tidak licin. Shasha memang banyak bawa banyak jenis stoking tp, stoking yg Shasha selesa pakai adalah dua pasang. Huhuhu~ Semasa menunaikan sai'e, lantai terlalu sejuk dan kita perlu cepat untuk mengejar jemaah lain (kalau menunaikan umrah secara berjemaah)... kalau stoking licin jenis beli di pasar malam/ stoking nipis ikut kulit, mudah jatuh dan susah bergerak sebab benang yg digunakan xsesuai dengan lantai. Kalau stoking nipis pula, kaki akan cepat kebas dan sejuk. Tambah2 bagi penghidap darah rendah yg xboleh kaki sejuk, silalah beli stoking sekolah yg bebudak pakai. Sebab itu, di Makkah ada banyak stoking utk tapak kaki dijual. Stoking kena bawa banyak sebab menutupi aurat dan sediakan sepasnag stoking bersih di dalam beg yg kita bawa setiap masa untuk dipakai bila menunaikan solat (jika perlu). Cermin mata hitam adalah suatu kewajipan yg perlu dibawa terutama bila musim panas coz bila angin panas bertiup, debu2 turut berterbangan.
Apa yg Shasha isi di dalam beg silang yg dibawa ke hulu ke hilir? Shasha memang wajib bawa passport (takut sesat so, adalah rujukan utk org2 yg membantu), duit (kut2 balik sembahyang rasa dahaga, atau nak sedekah al-quran), buku panduan umrah (ustaz pun bawa buku, so, xperlu malu), hp ( utk snap photo atau kecemasan ) , beg uncang kasut, cermin mata, pen dan buku nota utk catatan.
Makanan yang selalu Shasha beli di Zam Zam Tower untuk Mama, Opah dan Pakyob.
Nasi beriyani... huishh sedap sangattttt..
Shasha dan Mama di depan Kaabah.
Sehari sebelum balik ke Malaysia~
Minuman nikmat buat Shasha untuk juadah berbuka puasa.
Shasha dan keluarga berada di sana sehingga 9 Jun 2012. Memang seronok sangat dan rasanya tidak sama seperti berkunjung ke negara-negara orang. Jika diberi ruang dan ada kesempatan dan murah rezeki, Insyallah mahu saja pergi lagi bersama insan2 tersayang.
Pastinya, kalau dapat pergi lagi Shasha akan menangis pilu mengenangkan seseorang. Sebaik tiba di Malaysia 11 hari, kami sekeluarga dikejutkan dengan pemergian Allahyarham Basarudin Bahari iaitu bapa saudara yang menunaikan umrah bersama-sama Shasha. Pemergiannya memang tidak disangka.
Gambar terakhir dan pertemuan terakhir bersama arwah Pak Yob. Ayat terakhir Pakyob, "terima kasih sebab banyak tolong PakYob" dan Shasha ambil kesempatan minta maaf pdnya. Menurut cerita isteri dan anak-anaknya, sepanjang perjalanan pulang dari KLIA ke Terengganu, dia asyik bercerita tentang Shasha. Huhu~ Xsempat utk Shasha bercerita tentang hasrat untuk membuka butik sedangkan down payment kedai sudah pun dibayar masa tu. Cadangnya nak buat suprise..
Hurmm ada sesuatu yg Shasha lupa, di sebalik semua ini ada hikmah dan ada suatu rahmat yg Allah SWT nak bagi. Peluang menunaikan umrah kali ini adalah ruang dan peluang untuk kami bersama dengan arwah. Agak lama juga dan beberapa bulan Shasha xboleh menatap gambar Umrah.... dan setiap masa di rumah, dlm bilik air, sebelum tidur , di sekolah, di dalam kereta...huhhh.. mmg mengalir aja air mata nie. Ingatan xluput pdnya. Terlalu byk kenangan yg org lain xboleh rasa bezanya menjadi anak saudara pada arwah Basarudin. Semoga rohnya dicucuri rahmat~
Al-fatihah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan