Cerita tentang ShAkIrAH...

Khamis, 14 April 2011

Apabila....




Tetiba letak gambar tengah makan... Act, makan adalah sumber tenaga untuk badan kita...

Dan....

Sha terlalu penat dan lelah.... dengan tugasan hidup yang bertimbun-timbun dan terus-menerus..... namun, Sha bukanlah mahu melepaskan tanggungjawab. Tanggungjawab harus terus dilaksanakan.

Alhamdulillah, walaupun penat untuk mengimbangi masa diri, keluarga, saudara-mara, rakan-rakan,kerjaya, perniagaan ,pelajaran dan merangka promosi. Semuanya sudah pasti diatur dengan baik dan Sha hanya perlu bijak membahagi masa.

Satu yang Sha harapkan adalah daripada semua agar memahami keadaan Sha tika ini. Sikap tolak ansur dan memahami. Ada kalanya, Sha xmampu nak memenuhi permintaan semua dan ada kalanya...mungkin ada yang duk ngata Sha, marah,merajuk @ apa sahaja... Sha xmampu nak halang semua tue...apakan daya Sha....


Sha hanya mampu berdoa kepada Allah S.W.T agar memberi petunjuk yang benar kepada sesiapa memandang negatif terhadap Sha. Mungkin ada kalanya agak sukar untuk Sha menempuh semua ini dalam satu masa. Tapi, usaha dan pengorbanan yg perlu Sha bayar untuk memperoleh kejayaan, rezki yang halal dan ingin menjadi seseorg yg bermakna.


Sesetengah orang xfaham..sbb kekadang Sha dpt rasakan...ada kalanya... org sindir... Sha telan ajerk... sedangkan jauh di sudut hati Sha, tersangatlah sedihnya...


Walaupun tidak sehebat mana.... Sha bersyukur dgn apa yg Allah S.W.T bagi....
Allah buka jalan / pintu rezeki untuk Sha. Biarpun sesusah manapun, Sha harus mengorak langkah.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan