Cerita tentang ShAkIrAH...

Rabu, 21 April 2010

Erti sebuah persahabatan...

P.E.R.S.A.H.A.B.A.T.A.N. sukar diungkapkan satu persatu.... kerana ramai yang masih belum mengerti tentang erti sebuah persahabatan. Kini, manusia menjadikan persahabatan itu bernilai...bukan bernilai dengan budi,kasih sayang. Tetapi, bernilai dari sudut lain yang sukar untuk Sha terjemahkan di sini.




Mari kita ungkapkan bersama!~ Dahulu, manusia menjadikan persahabatan sebagai nilai yang tidak terhingga. Nilai itu berdasarkan kejujuran, keikhlasan, kasih sayang, dan sebagainya. Namun, semua itu sudah tidak menjadi kepentingan masyarakat pada hari ini. Mereka menjadikan persahabatan sebagai hala tuju utama ke arah kepentingan sendiri. Kenapa?...ermmmm itulah yang berlaku dalam dunia kini.

Sahabat seperti ini, mmg sanggup mempertaruhkan janji...janji manismu menikam kalbu....cehhh!!!~ Janji mcm2...sampai ada yang terpedaya... Sampai ada yang tak tidur malam memikirkan keadaan. Sahabat seperti ini juga, tidak hirau perasaan dan kesan daripada pujuk rayunya. Last-last, membiarkan diri terkontang-kanting sendirian...

Arghh....nauzbillah....

Bila kita bersahabat, kita bersahabatlah dengan penuh keikhlasan tanpa ada sekelumit rasa dendam, cemburu atau iri hati. Insyallah, segalanya berjalan dengan baik. Jadilah sahabat yang setia dan tidak mengambil kesempatan atas kelemahan orang lain. Sebaliknya, membantu...menjadi tempat disenangi susah dan senang....bukan mengaibkan orang lain apabila sahabat menjadikan dirimu sebagai tempat meluahkan rasa.... kita bersahabat dengan manusiakan?..manusia punyai rasa dan hati...ada otak untuk berfikir dan merajuk hati...

Macam citer Shalah...dedulu.Sha sanggup dahulukan sahabat drpd keluarga sendiri, namun, bila kehidupan mematangkan fikiran, Sha belajar drpd kesilapan lalu. Sha harus menegakkan kebenaran...bukan dgn cara menganiaya...tetapi, bila ada org mengaibkan kita atau mempersendakan kehidupan kita, perlukah kita terus menerima tanpa ada rasa?..."SHa perlu bangkit, dengan memperbetulkan keadaan" Sha mula bersuara lantang apabila orang cuba menindas Sha sehingga boleh menjatuhkan maruah diri.

Tahap kesabaran manusia ada hadnya...sampai bila kita boleh tersenyum palsu sedangkan hati kita terguris....sikit-sikit, boleh lagikan?...kalau berlebihan?

Bila kita mengusik, dia marah....bila dia ngusik sampai jatuhkan maruah org di khalayak ramai? Lu fikirlah sendiri...ehehhe

Erm..jadi sahabat bukan untuk dipergunakan.... Ada orang, nak tutup kesalahan sendiri, sanggup menggunakan nama sahabat sebagai tempat berlindung.
Skali-skala bolehlah tolong.Kalau banyak kali, melampaulah kan!~

Ada cerita kawan Sha... arghh xperlu sebut nama...
Sanggup menipu family...pastu guna plak nama kawan yang sorang ni untuk menutup kesalahan dia...weih, tau tak berdosa menipu mak bapak kita? Sha cukup takut menipu mama n family Sha.... Coz, Sha sangat sayangkan mereka...Mereka memberi penuh kepercayaan kepada Sha... So, Sha cuba jadi yang terbaik setakat yang Sha mampu. Alhamdulillah, Sha masih berada di landasan yang betul..

Kini, berkat doa keluarga, Sha telah berjaya bergelar seorang guru dan anak yang masih mengenang jasa org tuanya. Sha harap, Mama, Papa, Baba, Opah, Adik bangga dengan apa yang sha perolehi kini. Yang paling penting, Sha telahpun menjadi seorang isteri dan ibu serta menantu kepada mentua yg cukup baik. Air mata seorang anak gadis pernah mengalir sekian lama dulu, kini, terbalas dengan rahmat dariNYA. Penghargaan yang cukup besar dikurniakan Illahi buat Sha...Syukur seribu rahmat!~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan