Cerita tentang ShAkIrAH...

Isnin, 28 Jun 2010

::Universal STudios::

Cuti persekolahan baru-baru nie, Sha n family merancang saat2 akhir utk ke Universal Studios...Nak gie Hollywood xtercapai dek akal...ehhehe so, pergi dekat-dekat dulu...Wahhh, makin maju...ehehhe....drpd impian,kini, jadi kenyataan..

Ermmm...kalau dgr Sha merepek, org akan kata, angan2 mat jenin...tp,impian yg ada, perlu ada dgn usaha dan tekad... Baru boleh berjaya n mencapai arah tujuan....Mmg pakai redah jer nak gie Universal Studios nie... Sian kan...ehehhe,tp,alhamdulillah.... perjalanan berjalan dgn lancar dan jayanya...xde masalah....
Cadangnya mmg nak ambil kesempatan jalan2 di sekitar Bandaraya Singapore, namun, masa tidak mengizinkan...so, mungkin di lain hari Sha akan ke sana lagi...Insyallah!!~

Setibanya di Universal Studios..... naik jer esclator......huhuhu rasa mcm mimpi jer bila nengok globe Universal Studios yg terpampang indah... Sampai jua akhirnya Sha ke Universal Studios... Kami xde masalah utk beratur beli tiket krn dr awal dah beli... Harganya RM158.00 seorang..ermm.. Pukul 8 lebey dah sampai...ehehhe kul 10.30 baru bukak... Sambil nunggu,kami ambil kesempatan utk bergambar kat luar..









Itu baru di luar dah bergambar mcm2...apatah lagi, di bahagian dalamnya......mmg mengagumkan dan sangat...sangat...seronok hati ini... Jadi xkeruan bila masuk...14 jam di dalam, mcm2 nak dibuat,mcm2 xsempat nak buat...eheheh Kalau bab bergambar, mmg cun habis pemandangan di dalamnya..seolah2 berada di Hollywood yg sebenar...

Oh,ya..lupa nak bagitahu, mama n opah pun ikut skali.....termasuklah Muwaffaz Ihtisham....Diaorg pun mcm syok jerrr...

Kami cuba meneroka seluruh Universal Studios.... Ermm.... Walaupun byk permainan x siap lagik,namun, mcm2 ada di sana... Di sana, brg2 yg dijual mmg mahal ler sgt2...walaupun tidak semahal Australia...namun, kalau dibandingkan dgn brg2 kita berganda ler jugak....double... So, kalau nak pergi...bawaklah duit bebanyak n jgn ckp...sekadar nak merasa...ehhehe sebab, bila dah sampai sana.... byk benda xmerasa nak beli...ehhehe...Restoran di sana byk yg xhalal....kami hanya menuju di Restoran Oasis..makanan ala2 arab..... sedap mmg tidak terkira......harga pun bila dikira...Sha seorang makan, lebey kurang Rm44.00....nasi beriyani + ayam ....

Oh,ya....Sha tringin satu t-shirt hitam gambar Donkey....terngiang-ngiang di fikiran...huhuhu Masa nak balik, baru tekad nak beli..last2 kedai dah tutup..
ermMMmmm... xper..xper..mungkin rezki nak beli t-shirt lain di tempat lain pula...ehehhe

Oh,ya..di sana....tempat main tutup jam 7.30 malam..so,lps waktu tersebut....hanya boleh gie kedai kat bahagian depan jer..

Isnin, 10 Mei 2010

H.A.T.Y.A.I



Salam sayang dari Sha......Sha baru sahaja balik dr Hatyai,Thailand. Sedang berusaha untuk mengembalikan tenaga....Sonok sangat shopping n berjalan merata Hatyai....Walaupun mcm2 dugaan dtg melanda, namun, Sha tetap rasa perjalanan yang membahagiakan...Cita-cita Sha untuk sampai ke sana tercapai.Alhamdulillah, Sha rasa bertuah sangat...Hope,pasni, cita-cita Sha nak g jauh, tercapai.......Doakanlah ya..

Rabu, 21 April 2010

Erti sebuah persahabatan...

P.E.R.S.A.H.A.B.A.T.A.N. sukar diungkapkan satu persatu.... kerana ramai yang masih belum mengerti tentang erti sebuah persahabatan. Kini, manusia menjadikan persahabatan itu bernilai...bukan bernilai dengan budi,kasih sayang. Tetapi, bernilai dari sudut lain yang sukar untuk Sha terjemahkan di sini.




Mari kita ungkapkan bersama!~ Dahulu, manusia menjadikan persahabatan sebagai nilai yang tidak terhingga. Nilai itu berdasarkan kejujuran, keikhlasan, kasih sayang, dan sebagainya. Namun, semua itu sudah tidak menjadi kepentingan masyarakat pada hari ini. Mereka menjadikan persahabatan sebagai hala tuju utama ke arah kepentingan sendiri. Kenapa?...ermmmm itulah yang berlaku dalam dunia kini.

Sahabat seperti ini, mmg sanggup mempertaruhkan janji...janji manismu menikam kalbu....cehhh!!!~ Janji mcm2...sampai ada yang terpedaya... Sampai ada yang tak tidur malam memikirkan keadaan. Sahabat seperti ini juga, tidak hirau perasaan dan kesan daripada pujuk rayunya. Last-last, membiarkan diri terkontang-kanting sendirian...

Arghh....nauzbillah....

Bila kita bersahabat, kita bersahabatlah dengan penuh keikhlasan tanpa ada sekelumit rasa dendam, cemburu atau iri hati. Insyallah, segalanya berjalan dengan baik. Jadilah sahabat yang setia dan tidak mengambil kesempatan atas kelemahan orang lain. Sebaliknya, membantu...menjadi tempat disenangi susah dan senang....bukan mengaibkan orang lain apabila sahabat menjadikan dirimu sebagai tempat meluahkan rasa.... kita bersahabat dengan manusiakan?..manusia punyai rasa dan hati...ada otak untuk berfikir dan merajuk hati...

Macam citer Shalah...dedulu.Sha sanggup dahulukan sahabat drpd keluarga sendiri, namun, bila kehidupan mematangkan fikiran, Sha belajar drpd kesilapan lalu. Sha harus menegakkan kebenaran...bukan dgn cara menganiaya...tetapi, bila ada org mengaibkan kita atau mempersendakan kehidupan kita, perlukah kita terus menerima tanpa ada rasa?..."SHa perlu bangkit, dengan memperbetulkan keadaan" Sha mula bersuara lantang apabila orang cuba menindas Sha sehingga boleh menjatuhkan maruah diri.

Tahap kesabaran manusia ada hadnya...sampai bila kita boleh tersenyum palsu sedangkan hati kita terguris....sikit-sikit, boleh lagikan?...kalau berlebihan?

Bila kita mengusik, dia marah....bila dia ngusik sampai jatuhkan maruah org di khalayak ramai? Lu fikirlah sendiri...ehehhe

Erm..jadi sahabat bukan untuk dipergunakan.... Ada orang, nak tutup kesalahan sendiri, sanggup menggunakan nama sahabat sebagai tempat berlindung.
Skali-skala bolehlah tolong.Kalau banyak kali, melampaulah kan!~

Ada cerita kawan Sha... arghh xperlu sebut nama...
Sanggup menipu family...pastu guna plak nama kawan yang sorang ni untuk menutup kesalahan dia...weih, tau tak berdosa menipu mak bapak kita? Sha cukup takut menipu mama n family Sha.... Coz, Sha sangat sayangkan mereka...Mereka memberi penuh kepercayaan kepada Sha... So, Sha cuba jadi yang terbaik setakat yang Sha mampu. Alhamdulillah, Sha masih berada di landasan yang betul..

Kini, berkat doa keluarga, Sha telah berjaya bergelar seorang guru dan anak yang masih mengenang jasa org tuanya. Sha harap, Mama, Papa, Baba, Opah, Adik bangga dengan apa yang sha perolehi kini. Yang paling penting, Sha telahpun menjadi seorang isteri dan ibu serta menantu kepada mentua yg cukup baik. Air mata seorang anak gadis pernah mengalir sekian lama dulu, kini, terbalas dengan rahmat dariNYA. Penghargaan yang cukup besar dikurniakan Illahi buat Sha...Syukur seribu rahmat!~

Isnin, 19 April 2010

Pengertian sebuah blog...


Kini,manusia menggunakan internet sebagai alat perhubungan. Makin lama, makin canggih. Makin lama, makin banyaklah yang perlu kita pelajari agar kita tidak rasa ketinggalan. Makin banyak yang kita pelajari, makin seronok dan mengasyikan hidup ini sampai kekadang kita lupa atau terlepas akan tanggunggjawab yang ada....wahhh, bahaya tu!
Hey, kawan-kawan!!! Pasti pernah dengar pepatah melayu ini-> Yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan....Insyallah, semuanya akan berjalan dengan lancar.
Sebagai pembuka bicara blog yang serba kekurangan ini, sha mengalu-alukan anda "teman di hatiku" untuk selalulah jenguk-jenguk, singgah-singgah dan buka-buka apa yang patut....Insyallah, Sha akan cuba selalu update yang best-best. Xkiralah tentang Sha mahupun tentang keadaan sekeliling. Sha mahukan yang terbaik untuk blog ini agar semua "teman di hatiku" seronok n enjoy untuk membuka setiap ruang yang ada di blog ini.
Kenapa membuang masa? Opsss....sorry yer cayunk, blog ini sekadar mengisi masa lapang yang ada dan sekadar ingin berkongsi kisah, pengalaman, pendapat dan apa sahaja yang terfikir di minda Sha. Oleh kerana Sha suka menulis, Sha ingin jadikan blog sebagai pengasah bakat dan mengurangkan tekanan yang ada. Hahhh? Tertekankah Sha nie? No!No!No! Sha bahagia dengan apa yang Sha lakukan. Maksud Sha, minda nie xdelah penuh kekusutan dengan segala-galanya. Kadang-kadang, kalau kita menikmati kebahagiaan atau kegembiraan dan tidak dapat berkongsi kegembiraan tersebut, menjadi beban jugakan? Hurmm...
Ada segelintir mungkin menganggap blog seolah-olah tempat menunjuk-nunjuk.....yer ker? Masing-masing ada tanggapan sendiri. Susah nak menilai hati budi manusia...yang pasti...jika ada yang rasa blog Sha sebegitu, maaflah....Sha xberniat begitu...Sha cuma menganggap blog sebagai catatan peribadi dan sebagai "teman di hatiku".
Oklah, banyak pula yang Sha melalut...Cukup buat yang pertama di sini. Sayang selalu dari Sha untukmu....Muahhsxx... "Teman di hatiku"