Cerita tentang ShAkIrAH...

Isnin, 2 November 2015

Konvokesyen...oh Konvokesyen!

Alhamdulillah, syukur seribu rahmat kerana diberi kesempatan dan peluang menggenggam Ijazah Sarjana Muda Pendidikan setelah 4 tahun meredah highway dan getir menyudahkan pengajian di USM Penang. 
Bukan mudah untukku menghabiskan pengajian yang kadangkala didatangi getir dan musibah hidup. Aku perlu berterima kasih kepada insan-insan sentiasa setia mendampingiku walau dalam tangis mahupun tawa yang tak kekal lama. Tanpa mereka, x mungkin pengajian ini dapat diteruskan. Pernah suatu ketika aku hampir berputus-asa dan tekad untuk berhenti meneruskan pengajian ini. Mujurlah, kata-kata semangat yang tidak pernah berhenti sentiasa menemani saat aku dirundung duka. Hanya Allah SWT sahaja yang mampu membalas budi baik mereka. 

Bercerita tentang konvokesyen pada bulan lima yang lalu, pelajar-pelajar PPG USM berkongsi pentas penerimaan ijazah. Kami berkampung di UPSI bagi melunaskan hutang terakhir kejayaan kami. Biar di mana kami berkonvo, anugerah dunia yang diimpikan sejak dulu lagi akhirnya tercapai juga. Ada graduan yang telah pergi menghadap Illahi sebelum sempat berkonvo sama. Hanya sedekah alfatihah ku panjatkan buat rakan-rakan yang berjuang sama. Semoga roh mereka dicucuri rahmat.





Kejayaanku ini, harus dikongsi bersama ibuku yang terlalu banyak berkorban dan mahu melihat kejayaan menyinari hidupku. Hanya hadiah ini yang mampu ku beri setakat ini. Semoga dia bahagia dan gembira berkongsi rasa. Terima kasih, mama.




Sabtu, 29 Mac 2014

PUISI MH370

TAJUK: KEMBALI DALAM SEJAHTERAMU
OLEH: SHASHA SHAKIERAH
(*Lagu puisi)
















Berhari-hari semua menanti
namun dikau seluruhnya tak kembali
sampai manakah penantian ini
penantian yang tak pasti
penantian ku ini.

Kembalilah... kembalilah... kembalilah...
dalam sejahtera gembira
aku menanti kamu
dalam doaku panjatkan
pada yang maha esa.

Biarpun semua terjawab kini
namun hatiku masih mengharap lagi
aku masih di sini menantimu kembali.

Kehilanganmu jadi resah seluruh jiwa
menghimpun sejuta gelora
pasrah dalam kabus kesangsian
bergetar kata nista
bergema suara hiba
menikam rasa menusuk jiwa
kepulangan yang dinanti
biarpun tidak pasti
berhimpun doa
bertaburan kapal pencarian
di udara yang pekat
di lautan yang mengganas
memintal erat satu harapan
kembalilah dalam sejahteramu.

Rabu, 29 Januari 2014

My New Friends... SNAP Perak

Semalam adalah malam yg happening...
Shasha cadangkan pada Rem utk buat birthday party utk Kak Sheila... kemudian, Rem bg idea tambahan utk celebrate birthday 2 org lagi iaitu Amergresen dan Mia Toretto. Ermmm mesti tertanya-tanya siapakah mereka semua? Tetiba ada dlm hidup Shasha.
Actually, mereka adalah kawan baru Shasha yg Shasha kenal setelah menyertai sebuah kumpulan yg dinamakan sbg Seniman Anak Perak atau SNAP Perak. Shasha terharu coz mereka menerima kehadiran Shasha seadanya. Cadang dan fokusnya adalah dlm bidang tarian serta penulisan. Tp, dgn SNAP... Shasha dah mula belajar main alat muzik. Mereka ada kumpulan busker yang hebat dan diaorg tak jemu2 mengajar Shasha bermain alat muzik.
Seronoknya dengan mereka coz diaorg ni happening dan kawan-kawan yang baik. Jenis sempoi2.
Apapun, inilah aktiviti terbaru Shasha sementara mengisi ruang kekosongan sblm kembali sibuk dgn aktiviti lain di masa akan dtg. Kenapa dan mengapa nak sibukkan diri? Biarlah menjadi rahsia. Xperlu beri seribu kemusykilan krn setiap terjadi pasti ada sebabnya.

Khamis, 23 Januari 2014

Tinggal Kenangan...

Sukar untuk Shasha luahkan... namun, semua ini harus Shasha terima dengan redha. Segala keringat dan curahan idea serta semangat Shasha selama ini dalam membuka dan pertahankan butik hanya tinggal sbg kenangan abadi. Shasha terpaksa membuat keputusan untuk menutup El Sha Ihtisham Boutique bagi mencari ruang untuk kerjaya dan aktiviti sampingan Shasha yg kian dihimpit kesibukan. Tujuannya sekadar memberi fokus pd matlamat utama yg harus digenggam dan dicapai agar ada sesuatu yg boleh menjadi lorong kejayaan. Kesibukan Shasha selama ini menyebabkan Shasha xdpt memberi komitmen dan fokus pd butik. Haruslah keputusan yg baik dibuat bagi mengelakkan berlakunya perumpaan spt " Yang dikejar tak dpt, yg dikendong berciciran" ...  bukan senang utk menjadi peniaga dan pengusaha butik. Banyak cabang pemikiran harus digerakkan.
Sedih memang xdapat diluahkan dgn kata2... tp, Shasha kena kuat dan Insyallah kalau ada rezeki serta ruang, Shasha akan berhijrah ke Kuala Lumpur utk membuka butik baru yg lebih baik drpd yg sblm ini.
Ramai yg bertanya... mengapa dan kenapa...
Senyuman tawar sahaja dpt diberi. Tp, penjelasan ini sudah cukup menjelaskan keadaan sebenar. Hilang sesuatu tak semestinya akan hilang segalanya..
Akhir kalam... Perjuangan masih belum berakhir. Nantikan butik online yg sudah masuk 7 tahun dengan penampilan baru menerusi web site yg lebih baik dan tersusun. Tungguuuuuu ..

Ahad, 13 Oktober 2013

Mesyuarat Karyawan Pk

Penat x habis.. bangun pagi bersiap-siap untuk menghadiri mesyuarat Karyawan Pk...
Penat memang penat, tapi, kerana cintakan Karyawan Pk dan sastera, Shasha gagahkan jua. Tambahan pula, Shasha ni Naib Setiausaha Agung.
Banyak aktiviti yang dibincangkan. Shasha diamanahkan untuk membuat borang keahlian Karyawan Pk nanti. Insyallah... balik ti nak buat . Ni nak merayap cari baju raya haji jap ehehehe...

KULIAH DI USM

12 Oktober 2013...
Shasha bangun seawal 3.30 untuk bersiap-siap ke Universiti Sains Malaysia (USM) menghadiri kuliah ke-2 semester 6.
Seperti biasa, Shasha berangkat ke USM bersama-sama dengan kakak2 kesayangan iaitu Kak Hanim, Kak Shahida, Kak Norul dan Aida. Kali ni naik kereta Grand Livina Kak Shida. Tp, Kak Shida awal2 dah habaq mai dgn Shasha, dia tak larat nak drive coz dia xcukup tidur. So, Shasha dgn gagahnya mcm org tido cukup 8 jam memandulah kenderaan tersebut. Sedangkan Shasha sempat tidur sejam je. Heheeh
Dalam lingkungan 5 pagi, highway ke Utara mengalami kesesakan jalan raya.. hurmmm lori berderet... kereta berpusu-pusu di highway. Maklumlah , org nak balik kampung beraya haji.
Kami singgah di RnR Gunung Semanggol utk solat dan bersarapan pagi.
Sebaik tiba di Juru, jalan raya kembali sesak. Ada accident. Mujurlah xlama lepas tue jln kembali tenang. Kami sampai lewat juga. Tp, alhamdulillah selamat .
Kuliah kali ni Shasha pakai sandal je. Senang nak bergerak. Tema baju merah hitam. Shasha layan kuliah macam biasa dgn makanan2 tambahan. Hehee Masuk kuliah major terkejut beruk akakk tau. Sib baik xjadi beruk.ahahha lecturer yg bg kita C utk 1 markah assignment last sem gantikan lecturer yg xde. Hurmmm terkejut
sbb ritu dia xbalas sms Sha bila ditanyakan mengenai keputusan. Bila shasha tanya, dia boleh buat lawak gelak2. Hurmm xfaham.
Kuliah petang itu digantikan ke malam. Giler best lecturer sorg ty. Bergelak tawa sampai lupa semua org sibuk nak balik. Apapun , kami sampai di Ipoh jam 1.30 pagi. Lepas mandi , Shasha tidur sampai x sedar apapun.

Ahad, 29 September 2013

Suara Kita: Antologi Seribu Sajak Merdeka

Salam kerinduan.. Baru-baru nie Shasha menghadiri majlis Pelancaran Buku Suara Kita:Antologi Seribu Sajak Merdeka yang diterbitkan oleh Jabatan Penerangan Malaysia pada 19 September 2013 di Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Putrajaya. 

Syukur, alhamdulillah kerana sajak-sajak Shasha termuat di dalam buku tersebut. Shasha turut rasa bertuah kerana berpeluang untuk bergambar bersama Menteri Komunikasi dan Multimedia iaitu YB Dato' Sri Shabery Cheek. Dalam usia yang masih muda ini, Shasha bersyukur kerana ruang dan peluang terbuka luas melangkah ke dalam bidang penulisan . 



Antara karya Shasha yang termuat di buku Suara Kita: Antologi Seribu Sajak Merdeka