Cerita tentang ShAkIrAH...

Sabtu, 29 Mac 2014

PUISI MH370

TAJUK: KEMBALI DALAM SEJAHTERAMU
OLEH: SHASHA SHAKIERAH
(*Lagu puisi)
















Berhari-hari semua menanti
namun dikau seluruhnya tak kembali
sampai manakah penantian ini
penantian yang tak pasti
penantian ku ini.

Kembalilah... kembalilah... kembalilah...
dalam sejahtera gembira
aku menanti kamu
dalam doaku panjatkan
pada yang maha esa.

Biarpun semua terjawab kini
namun hatiku masih mengharap lagi
aku masih di sini menantimu kembali.

Kehilanganmu jadi resah seluruh jiwa
menghimpun sejuta gelora
pasrah dalam kabus kesangsian
bergetar kata nista
bergema suara hiba
menikam rasa menusuk jiwa
kepulangan yang dinanti
biarpun tidak pasti
berhimpun doa
bertaburan kapal pencarian
di udara yang pekat
di lautan yang mengganas
memintal erat satu harapan
kembalilah dalam sejahteramu.

Rabu, 29 Januari 2014

My New Friends... SNAP Perak

Semalam adalah malam yg happening...
Shasha cadangkan pada Rem utk buat birthday party utk Kak Sheila... kemudian, Rem bg idea tambahan utk celebrate birthday 2 org lagi iaitu Amergresen dan Mia Toretto. Ermmm mesti tertanya-tanya siapakah mereka semua? Tetiba ada dlm hidup Shasha.
Actually, mereka adalah kawan baru Shasha yg Shasha kenal setelah menyertai sebuah kumpulan yg dinamakan sbg Seniman Anak Perak atau SNAP Perak. Shasha terharu coz mereka menerima kehadiran Shasha seadanya. Cadang dan fokusnya adalah dlm bidang tarian serta penulisan. Tp, dgn SNAP... Shasha dah mula belajar main alat muzik. Mereka ada kumpulan busker yang hebat dan diaorg tak jemu2 mengajar Shasha bermain alat muzik.
Seronoknya dengan mereka coz diaorg ni happening dan kawan-kawan yang baik. Jenis sempoi2.
Apapun, inilah aktiviti terbaru Shasha sementara mengisi ruang kekosongan sblm kembali sibuk dgn aktiviti lain di masa akan dtg. Kenapa dan mengapa nak sibukkan diri? Biarlah menjadi rahsia. Xperlu beri seribu kemusykilan krn setiap terjadi pasti ada sebabnya.

Khamis, 23 Januari 2014

Tinggal Kenangan...

Sukar untuk Shasha luahkan... namun, semua ini harus Shasha terima dengan redha. Segala keringat dan curahan idea serta semangat Shasha selama ini dalam membuka dan pertahankan butik hanya tinggal sbg kenangan abadi. Shasha terpaksa membuat keputusan untuk menutup El Sha Ihtisham Boutique bagi mencari ruang untuk kerjaya dan aktiviti sampingan Shasha yg kian dihimpit kesibukan. Tujuannya sekadar memberi fokus pd matlamat utama yg harus digenggam dan dicapai agar ada sesuatu yg boleh menjadi lorong kejayaan. Kesibukan Shasha selama ini menyebabkan Shasha xdpt memberi komitmen dan fokus pd butik. Haruslah keputusan yg baik dibuat bagi mengelakkan berlakunya perumpaan spt " Yang dikejar tak dpt, yg dikendong berciciran" ...  bukan senang utk menjadi peniaga dan pengusaha butik. Banyak cabang pemikiran harus digerakkan.
Sedih memang xdapat diluahkan dgn kata2... tp, Shasha kena kuat dan Insyallah kalau ada rezeki serta ruang, Shasha akan berhijrah ke Kuala Lumpur utk membuka butik baru yg lebih baik drpd yg sblm ini.
Ramai yg bertanya... mengapa dan kenapa...
Senyuman tawar sahaja dpt diberi. Tp, penjelasan ini sudah cukup menjelaskan keadaan sebenar. Hilang sesuatu tak semestinya akan hilang segalanya..
Akhir kalam... Perjuangan masih belum berakhir. Nantikan butik online yg sudah masuk 7 tahun dengan penampilan baru menerusi web site yg lebih baik dan tersusun. Tungguuuuuu ..