Alhamdulillah....
Shasha dah rasa sedikit ketenangan dalam menikmati kehidupan...
Biarpun dihimpit seribu kedukaan dan bagaikan dunia hampir hancur baru-baru ini, Shasha rasa sangat bersyukur kerana apa yang berlaku merupakan suatu hikmah....
Hakikatnya....
Allah SWT ingin tunjukkan Shasha ke arah jalan kebenaran dan jalan yang diredhai-NYA serta menjauhkan Shasha daripada terus alpa dengan musibah itu.
Bersilih ganti dugaan datang... dan kini, Shasha banyak muhasabah diri dan jauhkan diri daripada mengingati. Pahit untuk Shasha telan selama ini...
Hanya ucapan syukur ku panjatkan pd Allah SWT...
Biarlah Allah SWT sahaja yang mengadili setiap penganiayaan ke atas diriku.
Aku x berdaya... Hanya DIA yang layak utk semua itu.
Now, Shasha fikirkan kehidupan mendatang... dengan apa yang Shasha ada...
Shasha patut berbangga dengan kehidupan yang ada melebihi apa yang telah hilang.
Tidak mendatangkan apa-apa kebaikan pun~ Kerana ianya hampir memusnahkan kehidupan Shasha baru-baru ini.
Blog... apapun yang jadi... Shasha doakan agar dijauhkan daripada hasutan syaitan dan orang-orang yang berdengki serta memiliki niat yang tidak baik ke atas diriku.
Cukup-cukuplah dengan apa yang telah terjadi~
Menyakitkan dan terlalu perit....
Sukar untuk ku maafkan jika tiada permohonan maaf~
