Cerita tentang ShAkIrAH...

Selasa, 18 Jun 2013

Saja-saja


Duhai blog kekasih hati~

Sudah lama benor Shasha tidak mengutarakan segala rasa dan perkembangan diri di sini. Biarpun baru sahaja tamat cuti persekolahan yg lalu... masa untuk coretan di sini ada sahaja kekangannya. Bagi Shasha, setiap kali berbicara, biarlah ada sesuatu yang istimewa dan menarik untuk dikongsikan bersama.

Duhai blog tempat aku menyimpan segala rasa~

Hati ini sebenarnya dihimpit pelbagai rasa yang disimpan di dalam hati. Ermm... buat masa ini... diri sendiri banyak menyimpan sendiri. Entahlah... kalau diluahkan pun xguna.. bagai tiada apa yang mampu berubah. Untuk itu, Shasha rasa memendam adalah jln terbaik. Adakah kerana Shasha terlalu banyak berfikir?