Cerita tentang ShAkIrAH...

Sabtu, 4 Mei 2013

Sajak Untukmu Melayu





Salam.... seawal jam 4.45 pagi, Shasha telah mengarang sebuah sajak bertajuk 
Melayu Oh Melayu...
Entahlah, tetiba dirundung rasa sedih dan kecewa dengan bangsa sendiri yang makin rapuh kesatuan hati sesama manusia.

Masing-masing sudah besar, sudah boleh fikir, dan sendiri tahu untuk menilai.
 Xperlulah kita menggalakkan sesama umat saling membenci dan memburukkan sesiapa~ Saya sedih dengan bangsa sendiri yang saling menghentam, saling hebat mengutuk dan mengaibkan sesama sendiri.
 Makin lama, makin hebat berlaku. Walhalnya... 
orang lain makin memandang rendah dan menilai akan lemahnya bangsa kita kerana tidak bersatu hati sebaliknya saling menjatuhkan sesama sendiri.
 Di mana budaya yang kita sanjung dan agama yg kita junjung?
 Jika anda rasa yakin dan mahu mengundi yang terbaik, undilah dengan bijak tanpa menghentam mana-mana pihak.
 Jika orang lain bertindak sebegitu, kita hindarkanlah.
 Xperlu kita galakkan lagi. Hidup hormat-menghormati akan dipandang tinggi.
 Makin lemah gerabak2 kita, makin terpesong landasan yg tersedia. 
Bercantumlah sesama gerabak membina kekuatan supaya xkan mudah terlerai dan menuju ke destinasi yang diingini.