Blog...oh blog...
Bulan April adalah bulan paling bz bagi Shasha. Selain sibuk dengan persiapan pertandingan tarian. Shasha juga dijemput untuk menjadi penceramah Bengkel Pembinaan Bakat Tunas Muda Negeri Pulau Pinang & Negeri Perak di Kuala Gula Sanctuary Resort anjuran Jabatan Pelajaran dengan kerjasama Dewan Bahasa & Pustaka Wilayah Utara.
Dalam pada itu,Shasha turut serta menyertai bengkel sebagai JU FONIK Daerah Kinta Utara~
Shasha rasa cukup bertuah dan bersyukur kerana di usia muda begini Shasha telah mendapat peluang dan ruang seperti ini. Alhamdulillah...
Kali ini, Shasha seronok untuk berkongsi pengalaman menjadi penceramah~ Shasha berpeluang untuk berkongsi cerita tentang pengalaman Shasha bergiat aktif di dalam dunia penulisan dengan para peserta. Shasha diberi tanggungjawab untuk memberi motivasi kepada para peserta untuk bergiat aktif dalam penulisan.
Shasha turut menyediakan movie maker perjalanan hidup Shasha dan slide powerpoint~
Insyallah,Shasha akan tambahkan dan perbaiki kelemahan yang ada untuk menjadikan diri ini lebih berpotensi untuk menjadi penceramah terkenal suatu hari nanti.
Selama 3 hari 2 malam berada di sana, Shasha turut mengendalikan slot penghayatan sastera dan teknik mendeklamasi puisi yang betul.
Malah, Shasha telah mengenali beberapa org kawan baru~ Seronok sangat dapat berkenalan dengan mereka.
Apapun,Shasha akan abadikan kenangan di sini sebagai kenangan terindah.Sekali lagi, dipanjatkan rasa syukur kepada- NYA.
Peserta daripada pelbagai bangsa.
Kagum dengan keindahan kawasan Kuala Gula yang menyenangkan.
Teman-teman baru yang happening~
Shasha bersama barisan Pengarah DBP Wilayah Utara, wakil Jabatan Pelajaran Negeri Perak dan En Zaidin.
Peserta cilik berbangsa Tiong Hua mendapatkan no untuk dihubungi.