Rabu, 27 Februari 2013
Rabu, 6 Februari 2013
Puisi Di Hatiku~
Shasha mencintai dunia puisi...
Sejak kecil lagi, Shasha seringkali menemani mama ke acara-acara puisi. Bukan sekali dua, tetapi berkali-kali. Oleh krn itu, masa di zaman sekolah sampailah di maktab, Shasha memang sudah mula menulis puisi dan menyertai pertandingan deklamasi sajak. Shasha rasa cukup bertuah krn selalu mendapat tempat dan merasa berjalan jauh serta memenangi wang ringgit sejak dr usia kecil lagi.
Mungkin tidak semua anak muda yang suka akan puisi.
Hanya org yg menghayati dan mendalami maksud yg disampaikan akan fahami puisi itu indah utk dihayati.
Jadinya, jangan mudah untuk menilai dengan sesuatu keburukan.
Bercerita tentang puisi, baru-baru ni Shasha telah menghadiri Majlis Pelancaran Buku Menara Condong Teluk Intan. Ramai penggiat puisi yg hadir memeriahkan majlis. Seronoknya, Shasha dpt bertemu dengan sahabat-sahabat lama Mama.
Kalau dulu Shasha hanya menemani Mama ketika berusia 11 tahun iaitu sekitar tahun 1994, tapi, kini.. Shasha sudah menjadi salah seorang penggiat puisi.
Malah, telah memegang jawatan timbalan setiausaha agung Persatuan Karyawan Perak.
Kesempatan itu, Shasha mendeklamasikan sebuah sajak.
Berdebar juga sebab yang hadir pd hari itu bukan calang-calang orangnya.
Tok guru Shasha turut sama ada dlm majlis tersebut.
Siapa lagi kalau bukan Aunt Imah atau lebih dikenali sebagai Norazimah Abu Bakar.
Orangnya masih kelihatan ceria seperti dulu dan terubat kerinduan menatap wajahnya.
Beliau mengajar Shasha mendeklamasikan sajak masa usia Shasha 16 tahun coz masa tu Shasha perlu mengadakan persembahan deklamasi sajak peringkat kebangsaan anjuran Jabatan Alam Sekitar.
Pertemuan ini, memanjangkan silaturrahim antara kami. Aunty Imah dah mempelawa Shasha utk bergabung tenaga dan menyertai program2 anjuran GAPENA dan Kelab Penyair & Deklamator GAPENA...
Alhamdulillah..teruja sangat coz membuka ruang utk SHasha beraksi kembali di atas pentas puisi. Insyallah~
Doakan kejayaan Shasha~ Ameen

Ahad, 3 Februari 2013
Cita-citaku Melangit Tinggi
Siapakah saya?
Insan biasa yg punyai cita-cita tinggi melangit.
Sedangkan orangnya xtinggi mana pun.
Shasha suka mencuba, mencuba dan terus mencuba selagi daya,selagi hati ini kuat menempuh segala duka lara.
Suatu ketika dulu,keyakinan diri agak kurang. Rasa serba kekurangan dan rasa diri ini sudah suratan takdir menerima segala ketentuanNYA.
Akan tetapi, bila dugaan datang bertimpa-timpa.... takdir itu mengajar Shasha untuk jadi lebih kuat dan semakin kuat tanpa menghiraukan apa yg bakal terjadi.
Tetapi, berfikir positif menanam semangat dalam diri, apa yg Shasha akan perolehi.
Kita tidak boleh menunggu dan terus menunggu sesuatu keajaiban yang bakal berlaku. Usaha membentuk sebuah kejayaan. Tanpa usaha, kejayaan tidakkan kita genggami. Jangan asyik menerima sahaja apa yg diberi tetapi , memperbaiki kesilapan yg ada.
Mungkin krn sejak kecil, Shasha diajar berdikari sendiri. Walaupun ramai kata Shasha nie manja2... tp, hakikatnya Shasha xpernah dimanjakan oleh keluarga. Shasha bukannya dibesarkan dlm suasana spt org lain yg hidupnya sentiasa dipenuhi.
Mama pun ajar, hidup ini xboleh menyerah dan perlu bangkit.
Seperkara yg Shasha selalu tanam dalam diri, Shasha bukan sempurna. Oleh kerana kita sedar diri , kita kenalah buat sesuatu yg special utk hidup kita. Supaya kita tidak dipandang rendah. Kalau rasa serba kekurangan, jadilah seseorang yg serba kelebihan. Jangan persiakan apa yg anda ada. Nikmati hidup dengan kegembiraan bukan kekecewaan.
Putaran hidup terlalu pantas dan sekiranya kita tidak menggenggam sesuatu yg bermakna dalam hidup, sia2lah kehidupan kita.
Dugaan yg Allah SWT berikan adalah untuk menguji kita hadapi kehidupan yang lebih mencabar.
Makin kita berjaya, makin kuat dugaan datang menerpa.
Jika difikir secara positif, Allah SWT datangkan dugaan awal2 untuk mengajar kita menjadi lebih kuat menempuhi kehidupan yg mendatang. Wallahhua'alam...
Semua yg terjadi pasti ada hikmah yang Allah SWT beri.
Ada kalanya, ada org bersikap tidak senang dengan apa yg kita cuba rencanakan. Ada saja yg ditimbulkan. Shasha akui, memang Shasha cepat down dengan persepsi org2 sekeliling. Bagi Shasha, mereka ibarat tongkat kejayaan Shasha. Namun, bila org mempertikaikan usaha kita, meremehkan impian kita, Shasha rasa kecewa. Tp, kekecewaan Shasha tidak dibiar lama krn makin kita kecewa, makin rasa diri seperti org bodoh yg menerima nasib di tangan org lain.
Sedangkan rancangan kita adalah usaha kita dan usaha kita adalah kemampuan kita yang tidak semua org mampu menjadi seperti kita. Jangan hancurkan impian kita.
Ingatttttt!!~
Lagi orang perlekehkan dan pandang kita rendah, lagi berganda usaha yg perlu kita buat dan pastikan jangan tertewas. Sekali kita tertewas, pasti akan ada bertepuk tangan dan paling tidak pun menyokong persepsi awal mereka terhadap diri kita.
Sebab itulah, jangan cepat mengalah dengan percubaan awal.
Bangkit dan terus bangkit menggapai impian.
Paling penting, jangan sesekali menceritakan kesusahan kita menggapai impian selagi impian kita belum tercapai dan kejayaan belum digenggami.
Bagi mendapat keberkatan dengan apa yang kita buat, selalulah memanjat syukur ke hadrat Illahi dan buatlah kebaikan dengan semua orang. Cuma, dlm membuat kebaikan, haruslah berhati-hati supaya tidak ditindas. Jangan juga sombong dengan apa yg kita ada krn dlm sekelip mata sahaja, Allah SWT boleh menarik semua apa yg diberi olehNYA.
Kalau kita buat baik dengan semua orang, orang pun akan senang dengan kita dan perjalanan hidup kita pun dipermudahkan.
Langgan:
Ulasan (Atom)