Cerita tentang ShAkIrAH...

Sabtu, 29 Disember 2012

Shasha di hari cuti~

Lallalaa~   Shasha datang singgah kejap jenguk blog tercinta~ Alhamdulillah, Shasha sihat seperti biasa. Baru lepas exam...yihuuuu dah habis exam rasa lega. Sepanjang minggu ini Shasha bz dengan mesyuarat guru dan pendaftaran tahun 1. Sibuk akakkk tau!!~

Tahun 2013 yg bakal menjelma, kerja Shasha makin bertambah. Memula sedih dan geram sebab rasa spt tidak adil. Tetapi, perasaan tue sekejap je datang singgah di sanubari krn Shasha kembali bermuhasabah diri. Muhasabah diri untuk tidak bertambah stress dan menjadi lebih kuat drpd sebelumnya. Tidak semua orang mampu menangani masalah dengan hati dan minda yang tenang. Begitu juga dgn Shasha... kelemahan ku adalah tangisan. Namun, Shasha nie cepat bangun kalau dengar kata2 motivasi. Sejak kecil lagi, Shasha suka jdkan buku-buku motivasi sebagai panduan hidup. Bila dah masuk alam belajar di maktab, Shasha perbanyakkan beli kaset Dr Hj. Fadzillah Kamsah. Entah manalah buku dan kaset2 lama tue..Huhuhu sejak berkerjaya ni, Shasha banyak beli buku berbisnes je.Huhuhu 
Kalau ingin mengubah hidup dan diri, kita kena ada usaha utk cari panduan. Macam Shasha susah sikit sebab xde adik beradik yang ramai atau penasihat2 yg boleh guide Shasha. So, Shasha kena beli buku. Kekadang xde masa utk baca. Tp, xper... Shasha memang suka beli buku bebanyak sampaikan kekadang bertahun lamanya buku2 tersebut xpernah buka selepas beli. Kikiki~ Shasha percaya suatu hari nanti, pasti ada ruang untuk Shasha membaca buku2 tersebut.


          Blog oh blog... Penerbit rancangan Safiyya TV9 ada call Shasha baru-baru ini. Alhamdulillah... seronok bukan kepalang Shasha nie... Excited dan cuba usahakan untuk memajukan setapak lagi perniagaan yang dah terbina nie. Perjalanan yg dilalui bukannya mudah sebagaimana orang lain nampak ketenangan Shasha mengharungi laluan-laluan kehidupan. Tapi, strategi dan semangat yang tinggi perlu kental. Jatuh dan bangun semula bukan terus tersungkur mengenang nasib~

            Oh, ya .. bercerita tentang pendaftaran tahun 1, ada lah seorang bapak murid ni minta anaknya dimasukkan ke kelas Shasha coz bfore ni 3 tahun Shasha jd guru kelas anak sulungnya. Tp, Shasha xmampu nak ikutkan sebab siapalah saya nie kan...  Shasha usahakan yang terbaik untuk jadi guru kelas tahun 1 nanti. Letih jugalah dah 3 tahun berturut2 jd penyelaras LINUS dan penyelaras LINUS tahun1. Tp, fikir secara positif, Shasha dah jadi pakar dlm bahagian tersebut. Cuma, kekadang kekangan masa Shasha membataskan Shasha lebih fokus kpd mereka. Rasa terkilan sangat kalau ada waktunya, Shasha xboleh bg komitmen yg tinggi~ Tp, mujurlah ramai yg dah melepasi ke aliran perdana. Alhamdulillah~

           Opsssss... baru-baru nie beberapa hari before menduduki exam, Shasha telah pergi ke Al-Humaira' Contemporary di Damansara... Shasha pergi date dengan Hani & Vee  @The Curve.. selepas makan, kami pergi karaoke~ Lepas tue, barulah kami bersama-sama ke butik Hani tue... Shasha bangga dengan kejayaan Hani. Dalam usia yang muda, beliau telah menjadikan butik Al-Humaira terkenal di seluruh Malaysia. Alangkah indahnya, kalau Shasha dapat membuka butik di Kuala Lumpur. Insyallah, itulah cita-cita Shasha~  Cerita pasal date dengan dua orang wanita jelita ini, Shasha memang happy sangat dapat jumpa mereka. Shasha pun hargai dan terharu dapat mengenali mereka dengan lebih rapat. Mereka dikenali, tetapi hati mereka terlalu baik dan selalu merendah diri.  Sikap mereka inilah yang buat Shasha senang berkawan dengan mereka dan sanggup datang jejauh utk jumpa dengan mereka. Vee tue dah kenal dia hampir 5 tahun~ owh lama dah kenal dia, mana tidaknya Shasha sayangkan dia. Dahler cantik... aduhai..melihatnya buat mata xjemu memandang. Untung Hj Faizul dapat isteri macamnya. Cantik, bergaya dan lemah-lembut.

Try busana di Butik Al-Humaira

Hani, Shasha & Vee

Shasha & Hani~

Shasha & Vee

Bos besar Al-Humaira

Syiok jumpa mereka~

SHasha, Vee & Hani



Desh si comei~ anakanda sulung Vee..encemmm

With Love

         Shasha nak bersiap pergi butik nie, Cik Ct bekas jiran mama dah call nak jumpa... :) Hihi terlupa...owhhh shasha kena set dlm azam tahun baru untuk mengurangkan lupa.




     





Isnin, 17 Disember 2012

Cuti Sekolah... Bali~ Jakarta~ Cameron

          Hujan membasahi bumi... suasana tenang dan damai. Namun, apapun x boleh jadi. Nak bergerak pun rasa sayup jer. Dapat sambung tidur pun enak juga. Enak diselimuti dan dibuai mimpi. Arhhh... ikut hati, habislah diri... Kerja beb, kerja... Xpun, buat kerja berfaedah sikit. Apa lagi, melayari internet sebelum ke butik. Hihi itulah kewajipan setiap hari. 

         Ermm sebelum tue, blog kesayangan harus diziarahi. Bagai diari tanpa pena.. jariku sahaja menari-nari di papan kekunci.  
Blog masham....oh blog masham... dah lama kamu disimpan sepi, so, tibalah masa kamu dibuka untuk ditatapi. Jadinya, ada ayat perlu ditapisi. Hihihi 

       Masa  berlalu dengan begitu pantas sekali... cuti sekolah hampir berakhir... Aku pula sibuk melalui detik-detik menduduki peperiksaan semester 4 di USM, Penang bermula 22-23 Disember ini. Lepas tue, mesyuarat di sekolah memenuhi sampai bukak sekolah. Arghhh.. exam yg duk pikior ni...bukan masih banyak X baca... masalah yang timbul adalah X baca-baca lagi.. huhuuhuh nangis mak kalau begini.. Mood & aura tak datang-datang lagi... Ahhahaha itulah alasan mak, dik non!!!~ 

          Opsss.. kali nie, Shasha nak cerita apa yang bestnya cuti kali ini. Ada yang best, syiok sampai X ingat dan ada yang sedih mengundang di hati. Hidup harus diteruskan walau hati kata TIDAK... aahahaa TIDAKKKKKkkkk... akak kena maju.. maju dalam kehidupan. Alhamdulillah, pagi nie Allah SWT beri suatu rahmat dengan kehadiran emel daripada Harian Metro untuk ruangan Suai Padan. Punyalah teringin akak nie sejak sekian lama.. Harini juga terlaksana. Alhamdulillah sekali lagi ku panjatkan kepadaNYA. 
             Cuti sekolah yang panjang ini, Shasha banyak habiskan masa untuk Opah tercinta dan kaum keluarga. Mama xde cuti kali ini pergi melawat Baba di United Arab Emirates(UAE). 

            
                             Awal-awal cuti, Shasha dah pergi jejalan dengan kengkawan.. Kami pergi bercuti ke Bali, Indonesia. Best hingga nak pergi lagi. Insyallah, kalau ada ruang, ada uwang...memang nak pergi lagi. Kami  bercuti dengan cara budget. Memang best coz kami enjoy bersama. Lagipun, dalam banyak-banyak tempat yang Shasha pergi sebelum nie, tempat Bali amat menyenangkan. Xperlu stress risau nak bershopping atau risau duit habis. Hihihi~ Sangat relaxkan minda....


Makanan pun murah, idaklah mahal mcm dikhabarkan.. Ada tempat yg mahal, memanglah mahal. 
Jangan kira ikut ribu rupiah..ahhaha memang xsetanding duit kita... kalau convert murah jer ni... nasi mcmnie lebey kurang RM4-5 jer..

Hari pertama, Shasha n the geng pergi ke Tanah Lot, Bali.. Serius beb... cantik betul keindahan di sini. Jom, kita tengok apa yang ada...

Jalan-jalan ada lot-lot kedai menjual barang2 cenderahati.. Tp, Xbisa beli di sini. Mahal... Nak beli cari tempat khas cenderahati.




Kami menginap di Tune Hotel, berjimat...senang dan mudah. Bukan banyak nak tidur.. Lebih berjalan xduduk di bilik sangat.









Pantai di sini, pernah diadakan penggambaran sebuah filem barat dan dilakonkan oleh Julia Robert.



Itu sawah padi, penanaman cara org Bali.


                     
                   
                  Balik dari jejalan, sdara-mara reramai pakat turun dr Jerantut. Owhh.. diaorg turun 5 kereta berkampung di rumah Shasha. Memang bestlah.. happening rumah Shasha. Mak-mak sibuk memasak di dapur... makan sedap-sedap. hihi tuan rumah bagi green light je.. Sempatlah masakkan diaorg daging masak kicap coz yg lelain masak mcm2 resepi. Alhamdulillah... Best sangat... Sian diaorg terpaksa bersempit. Balik jer diaorg, Shasha ke Jakarta utk kali ke-2. Saja jejalan lagi menikmati keindahan alam ciptaan Illahi. Oh, sebenarnya Shasha syiok makan dendeng daging masak padang. Hihihi dicicah sambal hijo. Waduh, waduh.. sedang bangat!!~ Mujurlah di Ipoh nie ada Restoran Simpang Tiga... yihuuu~ tp, xboleh lawan masakan di sana. Pastu, Shasha sibuk2 buat assignment. Giler punya kerja.. Tp, siapppppp!!~

                  Xlama lepas tu, Shasha pergi pulak bawa Opah ke Cameron. Bagi dia happy sikit. 


Yeahaaaaaaaaa

D only me- Shasha

Oklah, nak bersiap ke butik. Sudah berjam menghadap lappy~
                              







Khamis, 20 September 2012

Sibuknya saya~

Assalamualaikum... wahhhhhh.... sha nie nak kena denda nie...asyik bz sampai lupa dgn blog kesayangan ni... kejam sungguhhhh.... ahahhaa nak wat mcmana... lepas satu, satu aktiviti shasha... sha dah cuba sebaik mungkin utk luangkan masa.tp, keadaan tak mengizinkan.... tgklah aktiviti2 yg sha sibukkan..huhuhu dlm masa 3minggu, sha perlu jalani tanggungjawab sha pd semua pihak dan semua perkara dlm suatu masa. Kadangkala, kudrat xcapai dek akal. Tp, alhamdulillah... sha berjaya juga laksana dan tempuh segalanya dgn lancar. Antara aktiviti yg menjadi kesibukan sha tempohari: 1)menghias meja autograf utk perkahwinan atiqah. 2)make up atiqah bernikah. 3)jadi pengapit di hari persandingannya di putrajaya. 4)jadi pengapit utk Qariah Kebangsaan, Sharifah Khasif. 5) make up atiqah di majlis sambut menantu di Muar, Johor. 6) mengurus , make up dan melatih budak tarian utk Perak Arts Festival. Huhuhu~ bila dikenangkan, memang stress masa tu. Tp, seronok krn itu adalah kerja yg sha suka lakukan. Malah, rasa terharu dgn kepercayaan yg diberi. Oh,ya... Shasha juga berkesempatan jumpa papa di Johor. Lepas juga rindu pdnya... erm....oklah, sha stop dulu crita kali ini dan teruskan dengan gambar2.

Selasa, 26 Jun 2012

entahla

Blog....... sedih.. nantilah sha cerita...memcm rasa ada..

Jumaat, 25 Mei 2012

Ke Rumah Allah

Hari ini, Sha akan bertolak ke Kuala Lumpur. Tika ini, Sha masih menyiapkan tugasan sekolah. Banyak kerja perlu dilunaskan. Namun, aku hanya mampu buat apa yang terdaya. Moga, ada ruang yang Allah SWT beri untuk mudahku menghubungi keluarga yg ditinggalkan nanti. Semoga aku kembali dengan berkat dan rahmat daripada ALLAH SWT. Insyallah... mudah2an. Oklah, blog.. biarpun ada banyak perkara yang ingin ku ceritakan, namun, biarlah aku simpan sebagai memori di dalam kenangan. Apapun, Sha terlupa untuk nyatakan pointer terkumpul Sha untuk sem 2 ialah 3.33...syukur alhamdulillah... Moga akan datang mendapat yang lebih baik daripada sekarang. ameen ya rab... Oklah, blog... salam ingatan daripada Sha buat semua.
Flight:- 7.30 malam hari Ahad ke Dubai... dan selepas 4 jam akan bertolak ke Madinah. Insyallah

Rabu, 25 April 2012

Xberupaya menanggung sakit mata kali ini. Bengkak giler... aduhaiii sakit sangat. Erm... entahlah.. malas nak pk sgt masalah dunia. Tp, keadaan makin rumit dan xterkejor dengan pelbagai urusan. Aduhhhhhhhh serabutla mcmni.......... nama jer buat kerja...huhuhu